PENGUMUMAN TERKINI PRN 2023!

PENGUMUMAN TERKINI PRN 2023!

SUMBER :
https://www.sinarharian.com.my/article/138838/BERITA/Nasional/PRN-Sarawak-tidak-sesuai-diadakan

SHAH ALAM – Beberapa pakar kesihatan awam berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak sesuai diadakan buat masa ini.

Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, ini kerana kes Covid-19 masih lagi tinggi terutamanya di Sarawak.

Katanya, jika PRN Sarawak diadakan pada masa ini, tidak mustahil peristiwa sama yang berlaku ketika PRN Sabah akan berulang.

“Sebaik-baiknya tangguh dahulu (untuk adakan PRN Sarawak) dan kita juga dalam keadaan darurat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg akan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang penggal terkini akan berakhir pada 6 Jun.

Mengikut Perlembagaan Sarawak, tempoh DUN tamat pada 6 Jun 2023, iaitu lima tahun dari 7 Jun 2016 yang juga tarikh mesyuarat pertama DUN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2016.

#PRN
#DARURAT
#PKP
#PARLIMEN

Related Post: