Darurat lokaliti untuk tangguh PRN Sarawak

Darurat lokaliti untuk tangguh PRN Sarawak

Pelaksanaan darurat secara lokaliti atau sendiri di Sarawak boleh dibuat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berkata, ini kerana sebaik tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini maka Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan terbubar dengan sendiri.

Katanya, selepas tarikh itu PRN Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Kami di Sarawak khuatir PRN akan mencetuskan penularan kes Covid-19 seperti yang berlaku di Sabah.

“Kami tidak mahu membuka negeri kepada bahaya tambahan pula varian Delta sudah dikesan di Miri dan Sibuti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan darurat di Sarawak boleh dipertimbangkan bagi memastikan keadaan stabil sebelum PRN dilaksanakan.

——————-
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian

Related Post: