Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) masih wujud seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada mereka masih bermesyuarat seperti biasa, Daim memberitahu pemberita bahawa anggota lain “telah kembali ke kerja mereka sendiri”.
Daim ditemui selepas menghabiskan masa bersama penduduk di kawasan Parlimen Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.
Penubuhan CEP dengan keanggotaan lima orang pada 12 Mei merupakan antara tugas pertama Mahathir sebagai perdana menteri.
Selain Daim, majlis itu terdiri daripada bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram dan hartawan Tan Sri Robert Kuok.
Majlis itu merupakan badan berkuasa yang mewawancarai kira-kira 350 orang daripada 200 organisasi – kebanyakannya badan kerajaan atau GLC – untuk membantu merumuskan laporan mengenai dasar ekonomi dan kewangan bagi perdana menteri.
Laporan itu dihantar 100 hari selepas CEP terbentuk.
Terdapat perancangan awal membubarkan majlis itu selepas 100 hari pembentukannya, tetapi Mahathir berkata ia masih diperlukan untuk memberi nasihat kepada kerajaan.
Related Post:
- #SepantasKilat: Fathia Latiff ada kata kata untuk Malique??
- TOLAK IMPOR BERAS, BUWAS SAMPAI KELUARKAN KATA KATA YANG TAK PAANTAS ~ ADA APA ??
- Kalah 2-0 Dari Jepang, Ternyata Kata Kata ‘Pelatih Malaysia’ Ada Benarnya?
- Kalah 2-0 Dari Jepang, Ternyata Kata Kata ‘Pelatih Malaysia’ Ada Benarnya?
- Kata Kata Terakhir Pramugari Alfiani Untuk Kaptennya Yang Ngeyel Ketika Ada Yang Aneh Dibagian Mesin
- Ada betulnya kata-kata Zamihan TAPI dia kena perbetulkan akhlaknya sebagai ASWJ
- Untung Ada Jinny Episode 98 – Perang Kata Kata
- TAU GAK SIH | DIBALIK KATA KATA MANIS ADA MODUS (03/09/18)
- Najib masih ada pengawal kata Fuzi
- “Belum ada kata putus” – Tok Ti dedah Hael Husaini masih pujuk beliau 'comeback' di AJL