PETALING JAYA – Pihak berkuasa agama perlu mendapatkan waran geledah terlebih dahulu sebelum mereka dibenar mengetuk pintu atau memasuki premis tertentu yang disyaki berlaku sesuatu yang menyalahi agama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujhid Yusof Rawa berkata, penguatkuasa agama tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh mana-mana premis sebaik sahaja menerima aduan orang ramai.
“Tak semudah terus pergi (serbuan), masih ada beberapa isu yang kita perlu periksa dan perkara ini kita sedang tambah baik. Ia tidak semudah kita boleh serbu hanya disebabkan ada orang buat aduan.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) timbul bila kita terima aduan. Mana-mana aduan yang datang kepada pihak berkuasa mesti pertamanya disiasat.
“Bila disiasat, mereka perlu mendapatkan waran sebelum boleh ketuk pintu selepas semua proses telah disiasat di mana ada sesuatu berlaku dalam tempat itu.
“Mereka perlukan waran sebelum masuk dan itu juga SOP bagaimana mereka menjalankan tugas seperti minta nama dan kad pengenalan,” katanya pada sidang media di Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS), di sini, hari ini.
MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Related Post:
- CAK NUN ADA AGAMA SYAR’I ADA AGAMA HAKIKI
- JK: Sudah Ada Kitab Suci, Tak Perlu Perda Agama
- Apa Agama Para Nabi Sebelum Ada Ajaran Islam?
- Tidak Ada Apa² Bacaan Yg Khusus Sebelum Azan & Sebelum Solat – Dr. Rozaimi
- TERKINI:RAFIZI RAMLI-LEMBAH PANTAI:NAJIB RAZAK TAK ADA PILIHAN PRU 14 MESTI SEBELUM ANWAR DIBEBASKAN
- “Saya tak ada banyak masa, Banyak kerja perlu saya buat”~ Tun Dr Mahathir
- MG Flash : PRN Sarawak: Teliti Tiga Perkara Sebelum Buat Pengumuman
- TERKINI: Jangan cakap kosong, buat laporan jika ada bukti dalang kekecohan – Afif Bahardin
- TERKINI : Sia-sia Undi BN , Mereka Hanyalah Pembangkang Yang Tidak Buat Apa !
- Zabiullah Mujahid MEssage And Afghanistan Current Situation | Harf E Raz | Neo News