'Saya ada bersama-sama beliau di Sandakan'

'Saya ada bersama-sama beliau di Sandakan'

Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham berkata pengakuan Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam video intim tular dengan seorang menteri, merupakan satu fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor itu.

Jelas Hilman, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sandakan, dia bersama-sama Azmin.

“Sepanjang Azmin berada di Sandakan dalam tempoh PRK Sandakan, saya berada bersama-sama beliau.

“Saya ada sewaktu beliau tiba di lapangan terbang hingga beliau balik semula ke lapangan terbang,” katanya.

https://youtu.be/8czkOJh6F2Y – Hilman buat laporan polis, qazaf esok isu video intim

Hilman juga memaklumkan akan membuat satu laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan satu laporan qazaf akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Putrajaya esok.

Beliau berkata demikian selepas majlis solat hajat dan bacaan Yassin di kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam, malam ini.

Majlis berkenaan disertai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon serta beberapa pimpinan PKR yang lain.

Related Post:

Tags: