#Amanz24 – Olike WeLoop Neo, TV Baru Hisense Malaysia, Canon Speedlite 470EX-AI RM 1949

#Amanz24 – Olike WeLoop Neo, TV Baru Hisense Malaysia, Canon Speedlite 470EX-AI RM 1949

Sempena dengan acara bola sepak Piala Dunia 2018 tahun ini, Hisense Malaysia telah memperkenalkan tiga siri televisyen 4K yang baru, iaitu Hisense U7A, U9A, dan Laser TV. Hisense U7A yang dibina dengan panel bersaiz 65 inci dengan teknologi Elite Blacklight dijual pada harga RM6999. Manakala Hisense U9A pula hadir dengan paparan 75 inci dan dibina menggunakan teknologi Prime Array Blacklight dijual pada harga RM19,999. Untuk televisyen Hisense Laser TV, ia dilengkapi dengan pancaran laser 4K bersama skrin sebesar 100 inci dan boleh dibeli pada harga RM39,999.

Canon Speedlite 470EX-AI kini telah hadir ke pasaran tempatan secara rasmi yang dilengkapi dengan teknologi Auto Intelligent (AI) Bounce yang membolehkan pengguna untuk menetapkan sudut tembakan flash secara automatic dan sudah boleh dibeli pada harga RM1949.

Olike telah memperkenalkan satu peranti penjejak kesihatan yang baru, dikenali sebagai Olike Weloop Neo. Peranti ini dilengkapi dengan pengimbas nadi, sistem GPS dan kemampuan kalis air sehingga 30 meter. Ia kini sudah memasuki pasaran tempatan dan boleh dibeli pada harga RM399.

Jika sebelum ini Google telah melabelkan laman yang tidak menggunakan HTTPS sebagai “Not Secure”, kini pihak mereka telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi melabelkan semua laman web yang menggunakan HTTPS sebagai Secure bermula Chrome 69 kelak yang disasarkan pada September 2019 kelak.

Akhir sekali, GrabFood yang menggantikan perkhidmatan Uber Eats kini dilaporkan dalam peringkat ujian Beta. Aplikasi untuk perkhidmatan ini sudah mula ditawarkan untuk Android dan iOS minggu lalu, dan memulakan ujian beta di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan akan diperluaskan ke lokasi yang lain secara berperingkat.

Related Post: