Ada Lagu Ada Lagi Minggu 4 • Gegar Vaganza 6

Ada Lagu Ada Lagi Minggu 4 • Gegar Vaganza 6

Bertemakan Haa Tepuk!, bintang #GegarVaganza 2019 bergandingan dengan penyanyi sensasi tanah air dan alumni #GV yang lalu.

Jatt Ali mendapat kedudukan pertama dengan persembahan bertenaga lagu Debunga Wangi duet bersama Ayai Ilusi.

Kumpulan Kool kecundang di minggu keempat selepas diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Nurfatima, One Nation Emcees, Roy dan Sham Visa antara bintang yang menunjukkan peningkatan dan mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah.

Manakala Naqiu Boboy, Wann dan Noorshila Amin berada di kedudukan lima paling bawah.

Jatt Ali juga dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional:

1. Jatt & Ayai Ilusi – Debunga Wangi (77%)
2. Nurfatima & Liza Hanim – Anggapanmu (76%)
3. Roy & Amelina – Yang Tersayang (75%)
4. Hady Mirza & Siti Sarah – Kisah Ku Inginkan (71%)
5. One Nation Emcees & Azharina – Layar Impian (69%)
6. Sham Visa & Marsha Milan – My Heart (68%)
7. Naqiu Boboy & Siti Nordiana – Gurauan Berkasih (63%)
8. Wann & Aris Ariwatan – Engkau Laksana Bulan (57%)
9. Feeza & Hafiz Suip – Bagaikan Sakti (57%)
10. Noorshila Amin & Syamel – Aku Cinta (53%)
11. Kool & Farawahida – Siapa Dia Sebelum Aku (49%)

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Baca lagi http://www.f8buzz.com

Like Facebook F8Buzz http://www.facebook.com/f8buzz
Follow Twitter F8Buzz http://twitter.com/f8buzz
Follow Instagram F8Buzz http://instagram.com/f8buzz

#GV6

Related Post: