'Ada orang nak tanya pasal roti canai tadi?' – gurau Ayob

'Ada orang nak tanya pasal roti canai tadi?' – gurau Ayob

Sebelum ini tular video menunjukkan aksi Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan kemahiran menebar roti canai mencuri tumpuan pengamal media dalam satu program, Sabtu lalu.

Hari ini dalam sidang medianya, wartawan sekali lagi ingin menanyakan perkara berkenaan namun beliau secara berjenaka berkata perkara itu boleh ditanya pada majlis berbuka puasa yang akan diadakan nanti.

Aksi menebar roti canai itu mencuri tumpuan kerana disebalik ketegasan beliau mengetuai pasukan banteras jenayah, beliau menonjolkan sisi dirinya yang tidak diketahui ramai.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/2765074100412196

Related Post: