‘Ada orang Umno yang baik, yang jahat pun ada. Yang baik kita terima’

‘Ada orang Umno yang baik, yang jahat pun ada. Yang baik kita terima’

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempertahankan pendirian partinya yang menerima bekas wakil rakyat Umno.

“Ada orang Umno yang baik, yang jahat pun ada. Yang jahat kita tak terima, yang baik kita terima,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.

Mahathir juga menegaskan bahawa partinya juga tidak akan menerima bekas wakil rakyat Umno yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

“Saya sendiri (bekas) ahli Umno, dia orang terima saya. (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang terima saya,” katanya.

Sekumpulan wakil rakyat Umno yang turut terdiri daripada 11 anggota parlimen meninggalkan parti dan tiga daripada menyertai Bersatu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Mahathir bagaimanapun berkata, Lim sebelum ini sudah menyatakan persetujuan dengan pendirian Bersatu untuk menerima kemasukan bekas anggota Umno.

Bagi pemimpin PH yang tidak bersetuju, kata Mahathir, ia adalah pendapat masing-masing.

“Dalam kalangan Bersatu sendiri ada yang tidak bersetuju,” kata Mahathir.

Related Post: