“Ada seorang 93 tahun tak mahu bersara lagi,” sindir Najib

“Ada seorang 93 tahun tak mahu bersara lagi,” sindir Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir seorang tokoh politik berusia 93 tahun yang giat mengkritik kerajaan walaupun telah bersara daripada jawatan yang disandang.

Najib juga mengingatkan pesara polis supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehkan negara menuju ke puncak kejayaan.

Beliau berkata pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Related Post: