‘AS tak bantah M’sia ambil Equanimity’

‘AS tak bantah M’sia ambil Equanimity’

Perdana menteri berkata AS tidak membantah apabila kerajaan memaklumkan lebih awal mengenai hasratnya mengambil kapal persiaran mewah Equanimity.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut maklumat yang ada pada Putrajaya, pihak berkuasa AS tidak menyatakan bangkangan terhadap niat Malaysia.

“Setakat yang kita tahu mereka (AS) tidak membantah langkah kerajaan mengambil alih kapal berkenaan. Kita memberitahu (mereka) sebelum itu,” katanya kepada Malaysiakini di Hangzhou, China, hari ini.

Perdana menteri berada di situ kerana melawat ibu pejabat syarikat automobil China, Zhejiang Geely Holding Group.

Related Post:

Tags: