Boikot, undi rosak akan kekalkan kezaliman yang ada, kata Ahli akademik

Boikot, undi rosak akan kekalkan kezaliman yang ada, kata Ahli akademik


Ahli Akademik dan ahli Parti BERSATU, Dr Mazlee Malik mengingatkan pengundi yang sengaja mahu melakukan undi rosak dan memboikot supaya tidak keluar mengundi sekaligus akan mengekalkan kezaliman yang ada.

“Adakah kita mahu memilih kerajaan meninggalkan hutang berbilion ringgit kepada anak cucu dan juga pemimpin yang membuat pelbagai sekatan bagi merencatkan pemikiran rakyat?”, soalnya kepada sidang hadirin yang hadir.

Dr Mazlee berucap demikian pada majlis seminar Maqasid Shari’ah Dalam pilihan raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor petang semalam.

Mazlee yang merupakan bekas pensyarah di IPTA itu berkata, rakyat harus membuat keputusan secara menyeluruh bagi generasi akan datang dan memberi ruang kepada pemimpin yang lain untuk memperbaiki keadaan semasa.

“Sebab itu saya kata, kita ni bukan nak pilih Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar, Saidina Ali dan Saidini Uthman

“Kita nak pilih manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan

“Tetapi neracanya adalah orang yang membawa kerosakkan ini perlu kita gantikan dengan yang baru”.

Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin yang baru tidak mempunyai perbezaan dan perubahan, selepas 5 tahun rakyat berhak menggantikan dengan pemimpin yang lain.

Related Post: