Calon PRN Sabah

Calon PRN Sabah

Kota Kinabalu: Sejumlah 447 calon daripada 16 parti disahkan bertanding dalam PRN Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jumlah tertinggi daripada Parti Cinta Sabah dengan 73 calon.

Satu kertas penamaan ditolak, iaitu calon daripada USNO yang ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, kerana calon didapati bankrap, sekaligus tidak layak bertanding.

Sementara itu, calon PRN Sabah berusia antara 22 hihgga 75 tahun, dengan lebih 131 calon berusia 60 tahun ke atas.

Pertembungan penjuru tertinggi akan berlaku di Bengkoka iaitu pertandingan 11 penjuru.

Ia diikuti dengan pertandingan 10 penjuru di DUN Inanam, katanya di sidang media SPR di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.

Tarikh pengundian ditetapkan pada 26 September ini manakala pengundian awal pada 22 September dan Ghani berkata, SPR dijangka mengumumkan keputusan menjelang tengah malam itu hari mengundi.

Sebanyak 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya ini dan SPR meramalkan lebih 75 peratus akan keluar mengundi.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN pada 30 Julai lalu.

Sehari sebelum itu, bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
————————————-
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Related Post: