PRU14 | Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Laporan polis itu dibuat kerana Dr Mahathir didakwa menyebarkan berita palsu berhubung kenyataannya yang mengesyaki kemungkinan kapal terbang peribadi yang dinaikinya ke Langkawi baru-baru ini disabotaj.
“Bawalah saya dan buatlah pertuduhan ke mahkamah, saya tak ada berita palsu, hanya kebenaran,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.
Polis Kuala Lumpur semalam dilaporkan sedang menyiasat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berhubung dakwaannya di bawah undang-undang baru antiberita palsu.
Lembaga Penerbangan Awam Malaysia yang memnyiasat perkara itu sebelum ini bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan membuat kesimpulan tiada unsur sabotaj berhubung insiden berkenaan.
Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam pilihan raya dengan bertanding kerusi parlimen Langkawi sebagai pemimpin pembangkang.
Related Post:
- “Saya tak ada banyak masa, Banyak kerja perlu saya buat”~ Tun Dr Mahathir
- Telur palsu: Pemprov DKI tegaskan tidak ada telur palsu beredar di Jakarta – TomoNews
- TERKINI:NURUL IZZAH-PANDAN:RUU BERITA PALSU SUPAYA TAK ADA ORANG BOLEH DEDAHKAN SKANDAL KERAJAAN
- MENOLAK LUPA! Dulu Ahmad Dhani KOAR2 Untung gak ada saya, kalau ada saya bisa saya pukuli, SEKARANG?
- "Saya Bujang, Dulu Saya Ada Isteri Ada Anak" Malam Saya Berteduh Di Luar Surau.
- Ada Soalan Tu, Saya Geram, Saya Baca Saya Geram – Dr. Rozaimi
- Korban : Rumah Saya Ambles, Didalamnya Ada Bapak, Ibu, Istri Hamil, Anak Saya, Adik Saya…
- Burhanuddin Muhtadi: Ada Ribuan Akun yang Sistematik Menuding Saya Dalang Quick Count Palsu
- Ada nak saya mati, tapi ada juga yang sayang: Mahathir
- “Saya Tak Lalok, Ada Orang Kenakan Saya” Uqasha Senrose.