Hilman Idham, setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, hari ini mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama menteri itu.
“Betul,” kata Hilman kepada pemberita di Putrajaya ketika disoal mengenai dakwaan Haziq bahawa mereka berjumpa di sebuah restoran di Marriot Putrajaya, sebelum video pengakuan bersumpah dikeluarkan semalam.
Bagaimanapun, Hilman enggan mengulas apabila ditanya mengenai dakwaan Haziq bahawa beliau memintanya untuk menafikan bahawa Azmin terbabit dalam video tersebut.
“Tak apa, saya dah serahkan semua kepada pihak polis. Kita biar polis siasat,” katanya.
Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta mengulas dakwaan Haziq di Facebook hari ini yang mendakwa Azmin mengarahkan mereka berjumpa di sebuah restoran di Putrajaya.
Hilman sebelum itu membuat laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya dan juga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Katanya, PKR akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan JAWI atas segala siasatan yang dilakukan.
Azmin, semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.
Semalam, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ranjang bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Haziq turut mengulangi tuduhannya hari ini dan mendakwa ini bukan kali pertama mereka bersama.
Related Post:
- PANAS!! ADA ORANG PANIK DALANG VIDEO HAZIQ HAMPIR TERDEDAH??
- SPRM diminta siasat dakwaan ada wang 230 juta dalam akaun Zahid Hamidi
- Kes Altantuya: Siasat jika ada individu ketiga terlibat
- Siasat dakwaan ada audio tersebar cubaan "kawtim"
- Cinta Allah & Rasul Bukan Cinta yang Sia-Sia – Haziq Kujeek, Brunei Darussalam | Aksi Asia 2018
- “mak cik percaya tak? di Mekah tu ada polis, ada penjara, ada tentera” – Ismail Ariffin Lepat
- “Eh, Berani KJ Report Najib” – Rakyat Malaysia Kata Laporan Polis KJ Ada Udang Disebalik Batu?
- Hubungan CIA-PAS: Polis belum ada maklumat, kata IGP
- Jelutong Hentam UMNO ”Kalau Wang RM19.4 Bilion Masih Ada Kenapa KJ Buat Report Polis?”
- BN lapor polis kerana poster calon bebas Batu ada muka Tian Chua