Keluar surau, ada orang bisik minta maaf selepas caci saya dulu – Najib

Keluar surau, ada orang bisik minta maaf selepas caci saya dulu – Najib

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ramai individu hari ini berjumpa dengannya untuk meminta maaf.

Berucap pada program Santai bersama bossku di bandar sri sendayan semalam, bekas perdana menteri itu turut menceritakan satu kejadian di surau apabila terdapat individu yang berbisik kepadanya untuk meminta maaf selepas mencacinya dahulu.

Najib berkata kebanyakan individu yang meminta maaf adalah mereka yang sedar apabila sudah termakan fitnah yang dibuat kepadanya.

Secara berseloroh Najib turut berhasrat membina satu bilik khas kepada mereka yang datang untuk meminta maaf kepadanya.

Related Post:

Tags: