Kenapa Ada Ustaz Yang Orang ‘Suka & Tak Berapa Suka’ Dengar Kuliahnya?

Kenapa Ada Ustaz Yang Orang ‘Suka & Tak Berapa Suka’ Dengar Kuliahnya?

Kita kebiasaan yang dengar kuliah ustaz-ustaz pun agak memilih juga untuk mendengar padahal maklumat yang nak disampaikan itu sama, tetapi mungkin cara penyampaian setiap ustaz sememangnya ada keunikan sendiri. Lain orang lain cara maklumat itu dihadam daripada ustaz yang didengarnya itu.

Oleh sebab itu, ada ustaz yang orang suka dengar kuliahnya dan ada pula ustaz yang orang tak berapa suka dengar kuliahnya bergantung kepada cara penyampaian ustaz itu dan juga penerimaan orang ramai terhadap sesuatu maklumat itu juga.

Jadi, cara yang terbaik untuk orang ramai hadam sesuatu maklumat adalah dengan menggunakan perumpamaan agar dapat mendorong jemaah berfikir dengan lebih baik kerana kita sebagai orang yang beriman, kenalah berfikir untuk menjadi mukmin yang zuhud.

Mudah-mudahan boleh mendatangkan manfaat yang mendalam dari segi ilmu dan nasihat untuk orang ramai agar kita sama-sama mendapatkan kesedaran dengan sewajarnya.

Sumber penuh PROMediaTAJDID: https://youtu.be/ECn-SHis7IU

Sekian, terima kasih.

This video only for educational purpose.

Related Post: