Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin isu pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dapat diselesaikan sebelum persidangan DUN berlangsung pada 4 Julai ini.
Ini kerana katanya pada masa ini perbincangan antara kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH), PAS dan Barisan Nasional (BN) masih berjalan sekali gus menolak keperluan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan Baucar Daging Raya 2018 di Taman Arowana di Ayer Hitam, Jerlun dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada Sabtu lepas dilapor menjangkakan berlaku PRN di Kedah berikutan isu pelantikan speaker DUN belum selesai hingga kini.
Mukhriz yang juga Pengerusi PH Kedah, berkata respons yang diterimanya menerusi perbincangan tidak rasmi bersama PAS dan BN turut menunjukkan isu berkenaan bukan suatu perkara yang sukar untuk diatasi.
Tambah Mukhriz, antara perkara yang beliau tawarkan kepada PAS dalam perbincangan tersebut ialah mengiktiraf peranan ketua pembangkang dengan menyediakan kemudahan seperti pejabat dan kenderaan rasmi.
Related Post:
- YB Mukhriz | PRN Kedah
- Ada tangan ghaib, MCA-Pas Hipokrit, AG kata kempen pilihanraya tak perlu permit polis
- AMARAN KERAS!! TAK PERLU ADA DALAM UMNO KALAU TAK SUKA KATA TOK MAT
- Parti PAS tak ada moral !! – Menteri AMANAH serang YB PAS
- PRU14 tak ada beza, wujud unsur tidak adil, kata KP PAS
- Pada Pilpres Nanti, Jokowi Kata Yusril Ihza Mahendra Tak Ada Kewajiban Cuti Ketika Jadi Petahana
- TOLAK IMPOR BERAS, BUWAS SAMPAI KELUARKAN KATA KATA YANG TAK PAANTAS ~ ADA APA ??
- MUKHRIZ TUN MAHATHIR (TUN M)-JANGAN DIPERBODOHKAN OLEH UMNO TAK ADA HARI DAP NAK PEGANG KUASA
- Mukhriz: ”Jika Terpaksa PRN, Kita Bersedia”
- Mukhriz: ''Jika Terpaksa PRN, Kita Bersedia''