Rumah Menteri Pertahanan pun tak ada air

Rumah Menteri Pertahanan pun tak ada air


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kesal dengan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) apabila rakyat menjadi mangsa kepada janji manis dari gabungan parti pembangkang itu.

Malah, beliau turut memberi peringatan kepada HARAPAN khususnya di Selangor agar tidak terus menerus membuat janji-janji manis kepada rakyat di negeri yang ditadbir mereka.

Hishammuddin berkata demikian mengulas janji manifesto HARAPAN Johor yang menawarkan bekalan air percuma seperti Selangor.

Related Post: