'Saya apa pun tak ada, tolong, tolong…'

'Saya apa pun tak ada, tolong, tolong…'

Seorang guru wanita merayu sebelum dia terjatuh dan diragut seorang lelaki bermotosikal di kawasan rumah kedai dua tingkat di Eco Sunctuary, Telok Panglima Garang, di sini, pagi 19 Januari.

Bagaimanapun, peragut solo bersenjatakan parang itu diberkas polis selepas lapan jam meragut guru berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditangkap di Kampung Sijangkang pada 4 petang 19 Januari.

Azizan berkata, semasa tangkapan dibuat, polis hanya menemui sebahagian sahaja barang mangsa yang diragut.

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/665969/saya-apa-pun-tak-ada-tolong-tolong

———————————-
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Related Post: