‘Saya kenal Anwar, tak ada perebutan kuasa’

‘Saya kenal Anwar, tak ada perebutan kuasa’

Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan terburu-buru mahu menjadi perdana menteri sehingga tergamak mendesak penyandang sekarang berundur.

Kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu beliau yakin Anwar akan tetap menghormati kemampuan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Menurut Muhyiddin ketika ini ada terlalu banyak masalah negara yang perlu diselesaikan oleh Dr Mahathir. Malah katanya jika mahu disenaraikan tugas yang perlu diselesaikan itu boleh mencecah ratusan jumlahnya.

“Tapi bagi saya, selagi hubungan antara pimpinan baik, saya tak nampak akan ada perebutan kuasa,” katanya.

Muhyiddin ditemui Malaysiakini pada sesi wawancara khas di kediamannya di Kuala Lumpur semalam. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah wakil Sinar Harian.

Related Post:

Tags: