Bapa kepada Altantuya warga Mongolia yang dibunuh, Setev Shaariibuu melihat pendedahan mengejutkan oleh bekas polis yang menunggu hukuman mati, Azilah Hadri pada hari ini sebagai peluang untuk Malaysia membersihkan namanya.
Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini, Shaariibuu berkata beliau kini dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan tetapi sedar mengenai SD Azilah yang mengaku telah membunuh Altantuya pada tahun 2006 selepas didakwa mendapat arahan daripada Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
“Ini peluang pihak berkuasa Malaysia sekarang untuk membersihkan nama negara di peringkat antarabangsa sekiranya mereka dapat segera mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan ini,” kata Shaariibuu dari Ulaanbataar, Mongolia.
“Kami berharap pendedahan terkini ini dapat mempercepatkan kebenaran dan membantu keluarga saya menuntut keadilan untuk anak perempuan saya, yang telah meninggalkan kami dengan tiba-tiba secara tidak adil, 13 tahun lalu,” katanya.
Related Post:
- Dalang Arah Bunuh Lebih Penting, Kata Bapa Altantuya… Dedah Ada Bukti!
- CURIG4 MSH ADA RATNA LAIN,TIM PRABOWO-SANDI AKAN BERSIH-BERSIH TIMSES
- Sungguh Tak Ada Kerjaan, Usai Batal Ganti Nama Jalan, Anies-Sandi Sekarang Malah Ganti Nama Halte
- Berita Terbaru 26 Maret 2018 Heboh ! Ada Nama Ahok, PSI Ajukan 12 Nama Wapres 2019 Ke Pak Jokowi
- Daftar 22 Nama Pemain Timnas Indonesia vs Thailand ada nama riko dan beto
- SUDAH ADA NAMA UNTUK BAPAU JUNIOR . TERINSPIRASI DARI NAMA MAKANAN !!
- KAU BAPA YANG BENAR – Lagu Rohani Terbaru 2018 | Saat Tak Ada Harapan (Pergumulan Hidup)
- 8 Tips untuk Ibu Bapa yang ada Anak Bersekolah | Ragam Sekolah 2019 [MUST WATCH]
- Ada bukti baharu untuk buka semula kes Altantuya – Ramkarpal
- Peguam: ”Ada Petunjuk Baru Kes Altantuya”