Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab sebarang soalan berkaitan kontroversi video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
“Kita move on. Domo arigato (terima kasih),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas berucap di Simposium Ekonomi Malaysia.
Antara soalan yang ditanya pemberita ialah dakwaan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas dibebaskan daripada tahanan polis, dan khabar angin Azmin merancang untuk keluar parti.
Farhash mendakwa penahanannya selama lapan hari bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar dan rakaman CCTV di hotel di mana hubungan seks itu didakwa berlaku telah dipadam.
Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson menggesa pemberita agar memberi tumpuan kepada simposium yang diadakan, yang menurutnya telah dirancang sejak tiga bulan lalu dan menampilkan taklimat daripada pegawai tinggi kerajaan.
Tiga penyampai ucapan utama ialah Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (makro) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Zakiah Jaafar dan ahli ekonomi Universiti Malaya Edmund Terrence Gomez.
Simposium anjuran bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, Majlis Ahli-ahli Backbencher dan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus itu dihadiri anggota parlimen dan diplomat.
Related Post:
- TAK TERBAYANGKAN KEJADIANNYA JIKA TAK ADA MEREKA DI SINI
- Motor Sudah Tak Ada Ketika Ditinggal Pemiliknya Shalat Tarawih CCTV Masjid Al Hikmah Salatiga
- Kelihatan Jelas!! Dikira Tak Ada Cctv, Lihat Yang Dilakukan Pasangan ini Saat Sepi! Perhatikan!
- Tidak Sadar Ada CCTV, Mereka Lakukan Hal yang Tak Pantas ini di Lift/Elevator #YtCrash
- ‘Air tak ada. Mana YB di sini?’
- Tau ada cctv malah makin Jadi!!
- Haa Tau Takut..Pucat Muka Bila Tersedar Ada CCTV
- Rumah Upin ipin ada CCTV nya , ipin senang ! GTA Lucu
- Jasa Marga: CCTV Tidak Rusak, Tapi Ada Gangguan Jaringan | tvOne Minute
- BIKIN MERINDING..! Pria Ini Pasang CCTV di Apartmen dan Terungkap Ada Sosok Mengerikan ini #YtCrash