Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju kedua-dua pihak masing-masing akan menggantungkan secara serentak pelaksanaan kawasan larangan (RA) oleh Malaysia dan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar.
Tempoh penggantungan serta-merta itu adalah selama sebulan, demikian menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat dua hala antara Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan di Singapura.
Kenyataan itu menyebut kedua-dua pihak turut bersetuju pada masa ini, Menteri Pengangkutan dari kedua-dua negara itu perlu bertemu segera untuk perbincangan mengenai RA dan tatacara ILS untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan awam.
Sementara itu, berkaitan isu martim membabitkan had pelabuhan Johor Bahru dan Singapura, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan sebuah kumpulan kerja diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura Chee Wee Kiong dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Menurut kenyataan itu, kumpulan kerja itu akan mengakji dan membincangkan isu perundangan dan operasi untuk meredakan keadaan di lapangan dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.
Ia menyebut kumpulan kerja itu akan melaporkan kepada kedua-dua menteri luar itu dalam tempoh dua bulan. -Bernama
Related Post:
- KAGET!!! TERNYATA SELAMA INI ADA ORANG ASING TINGGAL DIBAWAH GUDANG, DIA NYERANG BOCIL SAMPAI NANGIS
- PARLIMEN 2018 KECOH-SETIU & NOH OMAR MENGAMUK LIM KIT SIANG ADA DI DEWAN WALAU DAH KENA GANTUNG
- Tiket Box Ada di Trotoar di Kawasan GBK
- Polisi Akui Ada Kelompok Pemeras Pengendara di Kawasan Tanah Abang
- Viral! Ada Larangan Cuci Kaki di Wastafel Berbahasa Indonesia di Toilet Jepang
- TERNYATA ADA LARANGAN BERJUAL BELI DI MASJID-Tanya Jawab Ustadz Abdul Somad,Lc,.MA
- (LIVE) Sarawak Memilih: Pemimpin & Kawasan, PRN PRU Jalan Penyelesaian
- Ada 1 Larangan yang Tak Boleh Dilanggar Pengasuh Anak di Kerajaan Inggris
- WOW… ADA PPKM DI SIRKUIT MOTOGP MANDALIKA , (PERCEPATAN PENGASPALAN KAWASAN MANDALIKA)
- TIDAK ADA LARANGAN UNTUK MEMINTA KEPADA ALLAH, BERDOA DAN BERSEDEKAHLAH UST YUSUF MANSUR