Sudah ada nama calon DUN Sungai Kandis, kata MB Selangor

Sudah ada nama calon DUN Sungai Kandis, kata MB Selangor

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau sudah mempunyai senarai nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis yang akan ditentukan kelak selepas kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafiei awal minggu ini.

Amirudin berkata sebagai menteri besar, beliau mempunyai keistimewaan untuk menamakan calon sesuai bagi PRK itu kepada pucuk pimpinan PKR sebelum ia diangkat ke peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan.

“Dalam kepala saya ada (senarai calon)…cuma perlu sampaikan kepada pucuk pimpinan PKR,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Manandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan 4 buah institusi yang disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, hari ini.

Related Post: