Polis akan menjalankan tugas seperti biasa susulan dakwaan pegawai polis SB dihalang menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri oleh kerajaan Sabah.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata sepanjang penubuhan pasukan PDRM beliau tidak melihat ia mendatangkan satu kesulitan namun menganggap tidak ada isu berhubung perkara terbabit.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan bahawa Naib Presiden Warisan Junz Wong dikatakan meminta pegawai SB meninggalkan sidang media yang dihadirinya, dengan mendakwa bahawa pegawai SB itu menyamar sebagai wartawan.
Laporan Free Malaysia Today juga memetik seorang pegawai SB berkata bahawa rakan setugasnya beberapa kali dihalang menghadiri sidang media pemimpin Warisan, termasuk yang dihadiri ketua menteri.
Pegawai SB biasanya berpakaian biasa, dan ditugaskan untuk menjaga keselamatan premis untuk menteri, dan meneutralkan ancaman sebelum dan semasa majlis yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan.
Semalam, Pejabat Ketua Menteri Sabah menuduh penulis blog cuba melagakan parti Warisan Sabah dengan polis Cawangan Khas (SB).
Dalam kenyataan media, pejabat Shafie Apdal menegaskan bahawa kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang pegawai polis SB menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri.
Related Post:
- “Tak Ada Rotan Akar Pun Jadi”, Tak Ada Partai Merapat, Bagi Gerindra eks HTI pun Jadi
- BTS Drama Nur – Jurumekap Melatah Teruk. Kesian Pun Ada, Lawak Pun Ada… ??
- “Artis Pun Manusia! Saya Pun Ada Rasa Malu” – Almy Nadia
- Tak Ada yang Tak Bisa, Kayu Pun Bisa Menjadi Mainan
- Tak TERIMA Kalah! Sudrajat: Tak Ada Satu Pun Berhak Klaim Sebagai Pemenang
- Ada Org Bagitau Selagi Tak Habis Qada Solat, Solat Sunat Apa Pun Tak Boleh Buat – Dr. Maza
- KECOH!!! Hanipa ‘BASUH’ Tajuddin, PAS ”Soalan Tak Ada Moral” Isu 1MDB, Rasuah Banglo LGE!
- TERKINI : ISU Video Azmin Ali! Tak Ada Perlakuan 'JIJIK' dan Lawan 'FITNAH' Habis-Habisan
- BLAK-BLAKan! Peneliti LIPI: Tak Ada Ruang Oposisi GORENG Isu Agama, Hoaks GAGAL
- Sangat ANEH! 10 Tahun SBY Berkuasa TAK ADA Isu PKI, Kenapa Saat Jokowi KENCANG?