Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan masyarakat Cina supaya tidak terpedaya oleh muslihat DAP berhubung apa yang dikatakan sebagai ‘tsunami Melayu’ iaitu peralihan undi masyarakat Melayu kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya ingin beri jaminan kepada anda bahawa tidak akan berlaku tsunami Melayu terhadap kerajaan. Sekiranya strategi itu berjaya, ia akan hanya membawa keburukan kepada masyarakat Cina. Ini kerana, kami memerlukan perwakilan masyarakat Cina yang kukuh dalam kerajaan demi kebaikan masyarakat Cina sendiri.”
“Strategi DAP itu (untuk menang pilihan raya) adalah dengan (menyemai) kebencian berlandaskan hipotesis bahawa akan berlaku tsunami Melayu pada pilihan raya kali ini,” kata beliau pada majlis pelancaran pembangunan semula kampus Sekolah Tinggi Kuen Cheng di Jalan Syed Putra di sini.
Naijib seterusnya berkata, ketika ini, masyarakat Cina mewakili 23 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, tetapi mereka hanya mempunyai enam peratus anggota parlimen dalam kerajaan, kedudukan yang tidak mampan dalam jangka panjang dan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat itu.
Related Post:
- Tak ada ‘tsunami Melayu’, Azhari kritik Khalid, Muhyiddin syukur – Sekilas Fakta 23 April 2018
- FELDA Tak Ada DAP CINA Hanya Ada Melayu Najib UMNO Rugikan Bilion Tekan Peneroka ! (Mazlan Aliman)
- DPMM Hentam Najib, BN Tak Tolong Melayu, Kalau Ada Cuma Ali Baba
- Najib Bidas Ustaz Abu Syafiq “Usah Terkejut Kalau Ada Fatwa Haramkan Sebut Nama Najib”
- TERKINI! Zaharin Tampil TEGUR ”Mana Ada Bangsa DAP Yang Ada Bangsa Melayu, Cina & India”
- ‘Saya Tidak tahu Wang 1MDB Ada Dalam Akaun Saya’ – DS Najib
- Saya tidak ada kaitan dengan kes Altantuya – Najib
- TERKINI : “GST 0% Tidak Ada Kesan Kepada Rakyat” – Najib
- "Tidak ada sesiapa nak ambil Najib balik"
- ISLAM, RAJA & BAHASA MELAYU SEMAKIN TERANCAM~ MP KUALA NERUS ADA SUARA SUMBANG SELWPAS PRU14