Tun M: ‘Saya ada curi duit?’

Tun M: ‘Saya ada curi duit?’

Mantan perdana menteri selama 22 tahun memerintah negara, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian membandingkan dirinya dengan Datuk Seri Najib Razak, menegaskan bahawa mereka berdua sama sekali berbeza.

“Saya benarkan orang tubuhkan parti untuk lawan saya. Najib tidak. Ketika saya tubuhkan parti, dia kata ia tidak sah. Dia tidak mahu mendaftarkan gabungan (HARAPAN). Saya pernah buat begitu? Tidak.

“Ada saya curi duit? Saya ada skandal seperti Najib? Adakah saya MO1 (Malaysian Official 1)? Lihatlah perbezaan ini. Jangan hanya kata ‘anda dan Najib sama saja’. Apa yang sama? Tiada langsung.

“Saya tidak buat perkara seperti itu. Saya tak salah guna kuasa. Dia salah guna. Kini tiada lagi pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Tiada lagi kedaulatan undang-undang. Jika ada kita boleh lapor salah lakunya dan polis akan ambil tindakan. (Sebaliknya) orang yang buat laporan ditangkap.

“Ada saya buat begitu? Lihatlah dengan wajar…Jangan cakap ada yang telefon (organisasi media) dan apa…,” katanya yang jelas sedikit marah.

Related Post: