UMNO Ada DNA Pembangkang – Zahid Hamidi
imbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz, di kediamannya di Taman Sedap, Parit Raja di sini hari ini.
Mohamad, 78, yang bekas Ahli Parlimen Sri Gading selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, 20 Febuari lalu dan kini dalam proses pemulihan.
Ketibaan Ahmad Zahid disambut isteri Mohamad, Puan Sri Azizah Zakaria di samping ahli keluarganya, pemimpin politik tempatan dan kenalan.
Ahmad Zahid meluangkan masa bertanyakan khabar Mohamad selain sempat mengusik beliau sama ada masih merokok atau pun tidak selain berseloroh menyatakan ada ‘orang’ yang sudah menjalani tiga kali pembedahan pintasan jantung tetapi masih mampu bertanding dalam pilihan raya.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa menikmati juadah tradisi Nasi Ambeng untuk makan tengah hari bersama tetamu yang hadir.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO serta Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) dirawat di pusat perubatan berkenaan pada 8 Februari lalu selepas mengadu sesak nafas ketika menghadiri satu majlis di sebuah hotel di ibu negara bersama TH.
Related Post:
- Ada Gerakan Dalam Umno Johor Cuba Singkir Zahid Hamidi ?
- SPRM diminta siasat dakwaan ada wang 230 juta dalam akaun Zahid Hamidi
- Kalau Ada Maruah, Letak Jawatan – Zahid Hamidi
- Parlimen 2018 KECOH:Muhyiddin Yassin Tak Ada Untuk Jawab Soalan Zahid Hamidi
- ZAHID HAMIDI – JAMIN ! Tak Akan Ada Rusuhan ” Sempena Perhimpunan Ummah ” ..
- TERKINI : “MCA Hanya Ada Satu Kerusi Sahaja di Parlimen” – Zahid Hamidi
- Zahid: Biar mahkamah tentukan sama ada RM116.7 juta milik Umno
- Jentera UMNO Siap Sedia Jika PRN Benar-benar Berlaku – Zahid
- UMNO mahu penyelesaian terbaik, bukannya PRN – Ahmad Zahid
- UMNO MEMILIH ~ Ku Li dakwa ada khabar angin politik wang dalam pemilihan Umno