Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menegaskan wakil rakyat perlu membuat pengisytiharan harta walaupun mereka tiada apa-apa.
“Walaupun anda tiada apa-apa untuk diisytiharkan, isytiharkan saja walaupun ia kosong.
“Ia mudah. Jika anda tiada harta, tulis anda tiada harta,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Kenyataannya itu selepas dua menteri mengatakan mereka tidak perlu mengisytiharkan harta.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi menyifatkan dirinya “orang miskin” dan tiada harta untuk diisytiharkan, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy berkata sudah mengisytiharkan sumber pendapatan tetapi tiada sebarang harta.
Waythamoorthy kemudian berkata beliau telah mengisytiharkan dua keretanya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi suruhanjaya itu tidak menganggapnya sebagai harta.
Related Post:
- SAH! MUHYIDDIN TAK NAK LETAK JAWATAN? PN AKAN BANTU PRN SARAWAK
- Ada Berani Tak Nak Naik Benda Ni?
- Awalnya Kukira Botol Kosong, pas kuperiksa… Aku Syok banget, ternyata ada BENDA Mengejutkan!
- ‘Ada khabar angin kata saya nak letak jawatan’
- Zizan Nak BELANJA Tiket Polis Evo 2 – Ada Yang Nak Tak??? | Khas Untuk Orang Singapura!
- ADA BENDA YANG LEBIH TIPIS DIBANDING RAMBUT? Inilah 10 Benda Tertipis yang Paling Ga Masuk Diakal
- Belanjawan 2023 Tak Ada Benda Baru, Lagi 'Copy Paste'… Tak Ada 'Wow' – Dr. Shamsul Anuar Nasarah
- Uang Sewa Tak Dibayar, Wanita ini Kaget Ada Benda 15 Miliar di Rumahnya. Tak Disangka itu….WOW!!
- “itu bezanya, ada orang yang nak ambik taw, ada orang yang nak protes” – Ismail Ariffin Lepat
- Ada yg Tak Puas Hati Dakwa Daim desak Raus, Zulkefli letak jawatan hakim