KLVC: Laporan audit forensik dapati ada penipuan

KLVC: Laporan audit forensik dapati ada penipuan


Felda menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk melakukan semakan perundangan ke atas dakwaan berlakunya penipuan dalam projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) berdasarkan laporan audit forensik ke atas transaksi dan rekod berkaitan projek itu pada 2014.

“Laporan forensik audit menunjukkan berlakunya penipuan,” kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Keputusan penubuhan jawatankuasa itu dibuat susulan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Jawatankuasa “Domestic Enquiry” bagi mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor dalam laporan audit forensik projek KLVC.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan semalam berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek KLVC menunjukkan terdapatnya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.

“Jawatankuasa Siasatan Lembaga Felda ini akan dianggotai Ahli Lembaga Felda dan dipengerusikan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Jawatankuasa ini juga dibantu oleh sebuah firma undang-undang yang akan dilantik oleh Felda untuk melakukan semakan perundangan berdasarkan laporan audit forensik yang telah disiapkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di ibunegara malam tadi.

Related Post: