‘Ada kata Pahang tak suka HARAPAN…bohong’

‘Ada kata Pahang tak suka HARAPAN…bohong’

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap memaklumkan ribuan orang hadir dalam ceramah di Temerloh malam tadi.

“Ada kata Pahang tak suka Pakatan Harapan, bohong.

“Malam ini jelas, lihat (betapa ramainya) rakyat di Temerloh sahaja,” kata beliau.

Mahathir menyebut perdana menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Razak dan berkata bagi program BN orang ramai didatangkan dengan bas.

“Kalau Najib buat perhimpunan kita lihat banyak bas angkut orang dari Kedah, Perlis, banyak, tapi itu bukan orang tempatan.

“Tuan-tuan datang dengan kereta, motor sendiri, bahkan ada jalan sendiri.

“Ini semangat kita bukan macam dia lancar manifesto. Kononnya ada 14,000 orang, 1000 bas, bagi makan, duit, dia bukan nak dengar, dia datang nak tengok KL,” kata beliau.

Related Post: