‘Kami ada plan B’

‘Kami ada plan B’

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu mempunyai ‘Pelan B’ jika proses pengadilan Tian Chua tidak berjalan lancar.

Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anwar Mohd Zain mengumumkan Tian Chua tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan kerana denda RM2,000 yang pernah dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tian Chua yang juga penyandang kerusi parlimen itu telah memulakan saman pemula terhadap Anwar dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Duta hari ini.

Related Post: