Apapun menang dulu, ada habuan – Najib

Apapun menang dulu, ada habuan – Najib

Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan terus memartabatkan syiar Islam di Terengganu yang menjadi antara tapak bermulanya Islam berkembang di Nusantara.

Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan BN mempunyai pelbagai perancangan bagi merealisasikan matlamat itu termasuk mendirikan sebuah Universiti Al-Quran yang merupakan manifesto BN negeri.

Bagaimanapun, katanya rakyat perlu terus memberikan mandat untuk BN memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini jika mahu melihat manifesto itu dilaksanakan.

“Apa pun kita (BN) kena menang… ada habuan yang bakal menanti� akan saya bincang perkara ini dengan Menteri Besar dan wakil rakyat apa yang perlu dilakukan (jika BN menang) … ini komitmen saya.

“Di sini Islam telah (mula) bertapak di Hulu Terengganu dan negeri di mana berkembangnya Islam… semoga Allah bagi kemenangan besar dan bergaya (kepada BN) di negeri Terengganu (pada PRU14) nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat bersama Perdana Menteri di Daerah Hulu Terengganu hari ini.

Related Post: