Semua Orang Ada Peranan Dalam Mentadbir UMNO – TokMat

Semua Orang Ada Peranan Dalam Mentadbir UMNO – TokMat

Semua Orang Ada Peranan Dalam Mentadbir UMNO – TokMat
Umno Negeri Sembilan dan Bahagian Rembau tidak terlibat dalam pembekuan akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akaun parti telah disahkan bersih dan tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya sudah minta pejabat negeri tanya bank tentang keadaan akaun Umno negeri dan Rembau, kedua-duanya tiada apa-apa masalah.

“Saya rasa lega kerana Umno Negeri Sembilan tidak terlibat dengan pembekuan tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemilihan Umno Bahagian Rembau di Senawang, sebentar tadi.

Mohamad berkata, pembekuan beberapa akaun Umno sebelum ini dipercayai ada kaitan dengan penyiasatan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam pada itu, katanya, Umno perlu meminta pertimbangan pihak berkuasa atas nama kemanusiaan bagi membolehkan mereka membayar gaji semua kakitangan yang bekerja di Pejabat Umno.

“Saya tidak nampak bahawa ada unsur nak menganiaya sesiapa, cuma akaun dibekukan untuk siasatan sahaja.

“Mana negeri yang terlibat, mereka perlu meminta pertimbangan dengan pihak berkuasa untuk membayar gaji pekerja,”katanya.

Tambahnya, semua pihak harus memberi kerjasama dengan baik bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Related Post: