PRK Seri Setia: Sia-sia jika pilih calon PAS, kata Halimey

PRK Seri Setia: Sia-sia jika pilih calon PAS, kata Halimey

Pengundi tidak akan mendapat manfaat jika mereka memilih calon selain daripada Pakatan Harapan (PH), kata Halimey Abu Bakar.

Calon PH bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia itu berkata disebabkan bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Selangor sangat kecil, suara mereka diyakini tidak akan diangkat sama sekali, lebih-lebih lagi kerajaan yang memerintah pada hari ini juga adalah PH.

“Bagi saya kalau kita tengok sekarang ini pembangkang di Selangor hanya 5 orang sahaja, jadi saya rasa majoriti dalam sidang DUN pun tidak mencukupi untuk mereka bersuara.

Related Post: