‘Sama ada terima laporan itu atau tidak urusan saya’

‘Sama ada terima laporan itu atau tidak urusan saya’

Perdana menteri berkata, laporan disediakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mungkin tidak didedahkan kepada orang ramai.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad tugas yang diamanahkan kepada CEP ialah membuat penyelidikan dan kemudian melaporkan dapatan tersebut kepada beliau.

“Sama ada saya akan terima laporan itu atau tidak, saya akan putuskan.

“Perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah menyalurkan maklumat yang saya perlukan untuk membuat keputusan.

“Justeru ia adalah urusan kerajaan,” katanya pada satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

CEP ditubuhkan sejurus selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu.

Ia dianggotai lima tokoh terkemuka negara dengan Tun Daim Zainuddin bertindak sebagai pengerusi.

Anggota lain ialah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara) Tan Sri Hassan Merican (bekas presiden Petronas) Tan Sri Robert Kuok (tokoh korporat) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi).

Related Post: