‘Ini bukan program ada cabutan bertuah’

‘Ini bukan program ada cabutan bertuah’

Himpunan Melayu Bangkit yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Pasir Salak bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan menyuntik semangat untuk melayu dan bukan sekadar program ‘biasa-biasa’, kata Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Tajuddin lagi, himpunan ini juga adalah suara dan amaran kepada kerajaan supaya jangan sesekali mencabar dan kedudukan orang melayu sebagai bumiputra, jangan mencabar agama islam dan raja-raja melayu kerana melayu tidak boleh terima jika ia dilakukan.

Disamping itu himpunan ini juga untuk menyampaikan mesej bahawa himpunan ini sangat bererti untuk maruah melayu dan melayu boleh bersama walau berbeda politik. Ia juga untuk memberitahu seluruh dunia bahawa melayu masih ada semangat perjuangan dan sedia untuk mempertahankan, tambah Tajuddin.

Himpunan yang akan dianjurkan pada 1 September ini bakal menampilkan pemimpin-pemimpin Umno antaranya Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Related Post: