Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak melihat sebarang amalan nepotisme di sebalik keputusan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada Pilihan Raya kecil Parlimen Port Dickson.
Bercakap dalam nada sinis, Wan Azizah tidak melihat sebarang masalah sekiranya tiga ahli keluarganya menjadi anggota parlimen negara memandangkan mereka dipilih oleh rakyat.
Wan Azizah ditemui pemberita di ketika membuat lawatan di Orphancare, Petaling Jaya, hari ini.
Presiden PKR itu ditanya sekiranya terdapat amalan nepotisme memandangkan beliau dan anaknya Nurul Izzah sudah menjadi anggota parlimen dan dalam masa yang sama, Anwar juga akan bertanding PRK nanti.
Semalam, Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kawasan Parlimen itu.
Related Post:
- TERKINI : “Ada Apa-apa Masalah?” – Wan Azizah
- Ada Apa Apa Masalah Ke Dengan Langkah PD? – Wan Azizah Isteri Anwar Ibrahim
- TERKINI : “Cagaran Itu Memang Ada! Untuk Bantu PRU14” – Wan Azizah Wan Ismail
- ADA JAWATAN PM KALAU MAHATHIR KOSONGKAN JAWATAN UJAR WAN AZIZAH
- Wan Azizah: Ada hikmahnya Tun…
- TERKINI:WAN AZIZAH-ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA DENDAM PADA TUN MAHATHIR (TUN M)
- Menjelang hari mengundi, Wan Azizah ada pesanan untuk orang melayu
- Saya Tak Ada Jawatan, Bos Saya Sekarang Ni Wan Azizah – DS Anwar Ibrahim
- ”Masalah Kena Ada, Tak Ada Masalah Tak Ada Kerjalah Kita!” – Tajuddin Pasir Salak
- Masalah di Komplek Karena Tidak Ada Masalah