Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan terus kekal setia bersama Umno meskipun semakin ramai rakan seperjuangannya keluar parti.
Penegasan itu sekali gus menolak spekulasi bahawa anggota parlimen Sembrong antara 40 wakil rakyat Umno yang bakal mengikuti jejak anggota parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU.
“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti. Mungkin dah seorang kurang dari (senarai) 40 itu.
“Orang putih kata kalau nak tahu actions speak lauder than word. Jadi action saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 anggota parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU.
Katanya, mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan tertinggi lain parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan.
Related Post:
- #MalaysiaMemilih: ‘Ada cara tegur parti’ mesej Hishammuddin kepada semua veteran UMNO
- “Rakyat Sendiri Pun Dah Maki Kita, Kita Ada Maruah lah”-Harimau Malaya
- Kalau Ada Maruah, Letak Jawatan – Zahid Hamidi
- “Mereka ada otak tapi tiada akal!” – Tauke Jambu meluat remaja gadai maruah di 'live streaming'
- Gerindra Hampir Pasti Masuk Kabinet? Gerindra: Kalau Ada Undangan Masuk Kabinet, Itu Diminta Jokowi
- NETIZEN HEB0H;ADA PENTOLAN JIL MASUK 200 DAFTAR NAMA MUBALLIGH YG DIRILIS KEMENAG;UST SOMAD GK MASUK
- ADA DUA CINTA – Cinta Mecca Dan Bimo Bersatu Kembali [6 MEI 2018]
- ASLI GG TURRET TAK ADA HANCUR !!! TOP PLAYER MALAYSIA BERSATU BANTAI KAMBOJA – ARENA CONTEST
- Saya Akan Lapor SPRM Jika Ada Anggota BERSATU Guna Nama Parti Urus Bazar Ramadan – Syed Saddiq
- Heboh! Para Ulama Minta 4 Parpol Bersatu Kalahkan Jokowi di Pilpres, Ada Apa Sebenarnya – VIRALPEDIA