Masuk Bersatu? Kami ada maruah – Hishammuddin

Masuk Bersatu? Kami ada maruah – Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan terus kekal setia bersama Umno meskipun semakin ramai rakan seperjuangannya keluar parti.

Penegasan itu sekali gus menolak spekulasi bahawa anggota parlimen Sembrong antara 40 wakil rakyat Umno yang bakal mengikuti jejak anggota parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU.

“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti. Mungkin dah seorang kurang dari (senarai) 40 itu.

“Orang putih kata kalau nak tahu actions speak lauder than word. Jadi action saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 anggota parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU.

Katanya, mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan tertinggi lain parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan.

Related Post: