Ada Lagu Ada Lagi Minggu 3 • Gegar Vaganza 6

Ada Lagu Ada Lagi Minggu 3 • Gegar Vaganza 6

Senarai peserta dan lagu tugasan untuk mereka yang layak ke minggu keempat kelak.

Konsert ketiga #GegarVaganza 2019 menyaksikan #Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama.

Bertemakan Yang Aneh Aneh, 12 bintang #GV2019 menyampaikan lagu yang tak pernah, tak boleh dan tak mungkin dinyanyikan mereka dengan penuh bergaya.

Naqiu memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu #123.

Namun, nasib tidak menyebelahi Ameer yang menyanyikan lagu Samrah Mentari dengan cara tersendiri. Ameer menjadi bintang kedua tersingkir selepas Mazleela.

Konsert minggu ketiga juga menyaksikan Nurfatima yang mempersembahkan lagu Hati Kama dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.

Manakala, penyanyi veteran Zaiton Sameon diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1.Naqiu Boboy – #123 (82%)
2.Jatt – Awallah Dondang (80%)
3.Wann – Asmaradana (74%)
4.Nurfatima – Hati Kama (73%)
5.Hady Mirza – Ibu Kota Cinta (72%)
6.One Nation Emcees – Gelora (70%)
7.Roy – Gila Judi (69%)
8.Noorshila Amin – Pelesit Kota (65%)
9.Kool – Lagu Zaman (59%)
10.Feeza – Temberang (59%)
11.Sham Visa – Sayang Sayang (58%)
12.Ameer Sofazr – Samrah Mentari (54%)

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Baca lagi http://www.f8buzz.com

Like Facebook F8Buzz http://www.facebook.com/f8buzz
Follow Twitter F8Buzz http://twitter.com/f8buzz
Follow Instagram F8Buzz http://instagram.com/f8buzz

Related Post: