Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada pertuduhan baru terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ketika ditanya wartawan, semalam.
Beliau turut berkata perkara yang sama ketika ditanya sama ada akan ada pertuduhan akan dikenakan terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor.
Najib didakwa dengan 25 pertuduhan – empat pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).
Ini berkaitan dengan dakwaan beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri kewangan dan perdana menteri bagi menerima dana yang berasal daripada 1MDB.
Azam berkata SPRM dan polis telah menjalankan siasatan bersama sebelum ini, tetapi ini kali pertama kedua-dua agensi itu bersama mengemukakan pertuduhan terhadap Najib.
Beliau berkata SPRM menjalankan siasatan ke atas isu salahgunakuasa, manakala polis menyiasat Najib membabitkan aktiviti pengubahan wang haram.
Related Post:
- PAPAGOMO:TAK ADA SATU PUN PERTUDUHAN NAJIB RAZAK & ROSMAH MANSOR CURI WANG RAKYAT
- ”Pelbagai Pertuduhan Terhadap Najib Razak, Ada Bukti Tandatangan” – PM Tun Dr Mahathir
- Najib & Rosmah mungkin ada kes lain
- Sayu Najib Dan Rosmah Tiba di pekan, Ada yang m3nangis tak sampai hati
- Najib Tak Tahu Rosmah Ada Banyak Barang Kemas, Minta Lihat & Periksa Barang Rampasan
- Najib – Tak Tahu Rosmah Ada Banyak Barang Kemas !
- Rosmah Hadir Ke SPRM, Namun Ada Sesuatu Yang Mengejutkan Orang Ramai
- Dulu Lantang Tolak Penggusuran, Sekarang Nyerah Tak Ada Cara Lain Selain Pakai Cara Ahok. Gengsi Don
- LIEW CHIN TONG-KERANA ADA ISTERI NAJIB RAZAK (ROSMAH MANSOR) BILLBOARD PEMBANGKANG DITURUNKAN
- ADA APA LAGI INI..??? SETELAH TOLAK PERDA SYARI’AH KINI PSI TOLAK PAKEM, BIKIN HEBOH LAGI KAYAKNYA