Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan terus memartabatkan syiar Islam di Terengganu yang menjadi antara tapak bermulanya Islam berkembang di Nusantara.
Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan BN mempunyai pelbagai perancangan bagi merealisasikan matlamat itu termasuk mendirikan sebuah Universiti Al-Quran yang merupakan manifesto BN negeri.
Bagaimanapun, katanya rakyat perlu terus memberikan mandat untuk BN memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini jika mahu melihat manifesto itu dilaksanakan.
“Apa pun kita (BN) kena menang… ada habuan yang bakal menanti� akan saya bincang perkara ini dengan Menteri Besar dan wakil rakyat apa yang perlu dilakukan (jika BN menang) … ini komitmen saya.
“Di sini Islam telah (mula) bertapak di Hulu Terengganu dan negeri di mana berkembangnya Islam… semoga Allah bagi kemenangan besar dan bergaya (kepada BN) di negeri Terengganu (pada PRU14) nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat bersama Perdana Menteri di Daerah Hulu Terengganu hari ini.
Related Post:
- Mahfud MD Katakan Jokowi Menang;Sulit Dibalik Dengan Cara Apapun;Tak Ada Kecurangan KPU
- Inggris Menang 2-0, Kroasia Menang Penalti, Lihat Ada yang Aneh di Semifinal Piala Dunia
- Inggris Menang 2-0 Kroasia Menang Penalti, Lihat Ada yang Aneh di Semifinal Piala Dunia
- Ada Sabotaj Dalam SPR – Bagi Tun Menang ! – Najib ..
- KATA DAH ADA BUKTI NAJIB CURI DUIT SEBELUM MENNAG PRU14, BILA DAH MENANG BARU NAK CARI BUKTI ~ ESMEE
- HARI INI GAK ADA VIDEO DULU GAES.. OH TP INI TERMASUK VIDEO JUGA YA? | GUA IJIN (S) DULU
- GA ADA YANG NYANGKA DULU AKU DULU ITEM, SEKARANG PUTIH. KOK BISA? – Diary Ricis
- Keluar surau, ada orang bisik minta maaf selepas caci saya dulu – Najib
- Ucapan PM Najib BN Sarawak Menang Besar Dalam PRN Sarawak Ke-11
- Najib Bidas Ustaz Abu Syafiq “Usah Terkejut Kalau Ada Fatwa Haramkan Sebut Nama Najib”