Semua Orang Ada Peranan Dalam Mentadbir UMNO – TokMat
Umno Negeri Sembilan dan Bahagian Rembau tidak terlibat dalam pembekuan akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akaun parti telah disahkan bersih dan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Saya sudah minta pejabat negeri tanya bank tentang keadaan akaun Umno negeri dan Rembau, kedua-duanya tiada apa-apa masalah.
“Saya rasa lega kerana Umno Negeri Sembilan tidak terlibat dengan pembekuan tersebut,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan pemilihan Umno Bahagian Rembau di Senawang, sebentar tadi.
Mohamad berkata, pembekuan beberapa akaun Umno sebelum ini dipercayai ada kaitan dengan penyiasatan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam pada itu, katanya, Umno perlu meminta pertimbangan pihak berkuasa atas nama kemanusiaan bagi membolehkan mereka membayar gaji semua kakitangan yang bekerja di Pejabat Umno.
“Saya tidak nampak bahawa ada unsur nak menganiaya sesiapa, cuma akaun dibekukan untuk siasatan sahaja.
“Mana negeri yang terlibat, mereka perlu meminta pertimbangan dengan pihak berkuasa untuk membayar gaji pekerja,”katanya.
Tambahnya, semua pihak harus memberi kerjasama dengan baik bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Related Post:
- Semua MT Umno letak jawatan pun, ada orang lain boleh pimpin – Bekas Pemuda Umno
- UMNO MEMILIH ~ Ku Li dakwa ada khabar angin politik wang dalam pemilihan Umno
- TERKINI : ADA JE PRK! Peranan Menteri Dihentikan? – Rina Harun
- PKR Kelantan: ”Ku Li Layak Jadi Presiden UMNO Kerana Ada ‘Roh UMNO’
- #MalaysiaMemilih: ‘Ada cara tegur parti’ mesej Hishammuddin kepada semua veteran UMNO
- ‘Ada orang Umno yang baik, yang jahat pun ada. Yang baik kita terima’
- Kebetulan ada pilihanraya di situ, Kes Nasharudin bongkar hubungan UMNO-Pas, Dia ada anak dua orang
- Tok Mat Tak Kisah Kalau Ada Gelaran Warlord Dalam UMNO
- RAIS NAK BUKTIKAN ADA PEMIMPIN BAIK DALAM UMNO
- Ada Gerakan Dalam Umno Johor Cuba Singkir Zahid Hamidi ?