Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin Umno yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun berkata sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya dan pemimpin Umno juga bebas bertemu sesiapa saja.
“Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa PAS pula.
“Kami bebas… bukan seperti sebelum ini. Dulu, jika kamu berjumpa orang yang salah, pegawai cukai pendapatan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan cari kamu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan untuk menarik pemimpin Umno terutamanya anggota Parlimen untuk menyertai BERSATU.
Ditanya sama ada bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan hasrat menyertai BERSATU dalam pertemuan mereka baru-baru ini, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak dibincangkan.
Related Post:
- Bolehkah Dia Berijtihad Utk Diri Dia Sendiri Bersandar Ilmu Dia Ada – Dr. Rozaimi
- Mengapa Ada Orang yang Sudah Dicintai dengan Baik Tapi Masih Saja Mencari yang Lebih Baik?
- ‘Ada orang Umno yang baik, yang jahat pun ada. Yang baik kita terima’
- ‘Hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki tambahan’
- Suara Hero Angela Ada Bahasa Indonesianya ? Dengarkan Baik Baik
- Ada yang tau, nama spell yang di pake Mikasa? Perhatikan baik-baik item nya ya
- Lihat Baik-Baik yang Ada di Rambut Pria ini! Bukan ikat Kepala, Tapi Sarang Makhluk…
- Bantah Ada Orang Ketiga Gading dan Gisel Sepakat Pisah Baik Baik – Hot Shot
- Abis DIPUTUSIN ? Percaya Sama ALLAH Ada Ganti Yang Lebih Baik – Ust Hanan Attaki Lc
- Tak Ada yang Bisa Lakukan Lebih Baik Dari Ronaldo Fenomeno untuk Masalah Satu ini